Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
“Ada tiga macam, tiada seorangpun
yang meremehkan mereka kecuali orang munafiq, iaitu:
i.
Pemimpin
(pemerintah) yang adil
ii.
Orang
tua dalam Islam.
iii.
Orang
yang mengerti (mengajar) al-Qur’an
Sabdanya lagi:
“Pelajarilah kedua pelita yang
terang iaitu Al-Baqarah dan Ali-Imran, maka keduanya akan datang kepada ahlinya
pada hari kiamat berupa awan atau naungan atau rombongan burung yang menaungi
dengan sayapnya, dan akan membela terhadap ahlinya yang selalu mempelajari dan
mengamalkannya.”
Saad bin Abi Waqash r.a. berkata:
“Siapa yang mengkhatamkan al-Qur’an
di waktu siang maka dibacakan istighfar (dimintakan ampun) oleh malaikat hingga
petang, dan siapa yang khatam al-Qur’an di waktu malam, maka dimintakan ampun
oleh malaikat hingga pagi.”
Nabi s.a.w. bersabda:
"Orang yang membaca al-Qur’an
dengan suara perlahan-lahan bagai orang yang merahsiakan sedekahnya, dan yang
membaca al-Qur’an dengan suara keras (lantang) bagaikan orang yang bersedekah
terang-terangan.”
Sabdanya lagi:
“Telah diperhatikan kepadaku
dosa-dosa, maka tidak ada dosa yang lebih besar daripada seorang yang mengerti
al-Qur’an lalu mengabaikannya.”
“Siapa yang telah mempelajari
al-Qur’an kemudian melalaikannya tanpa uzur, akan tiba pada hari kiamat
berpenyakit kusta (iaitu putus-putus tangannya).
Maksud Hadith Rasulullah s.a.w.:
“Tidak dibolehkan iri hati,
kecuali pada dua perkara: Iri hati pada seorang yang mengetahui isi al-Qur’an
dan selalu menjadikannya pedoman hidupnya dan iri hati kepada seorang lagi yang
diberi kekayaan harta, lalu sentiasa dikeluarkannya untuk kebaikan.”
Sumber: Syiar Islam, 9 Disember 2005 / 7 Zulkaedah 1426
No comments:
Post a Comment