Tuesday, 13 August 2013

Pahala puasa enam...

Puasa enam hari pada bulan Syawal sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Ayub:

"Barangsiapa puasa pada bulan Ramadhan kemudian ia puasa enam pula pada bulan Syawal adalah seperti puasa sepanjang tahun."

Menurut jumhur ulama, puasa sunat enam hari lebih afdhal dialkukan selepas 1 Syawal. Ini bermaksud kita berpuasa pada 2 Syawal hinggalah 7 Syawal dengan berturut-turut. Tiada kesalahan sekiranya tidak mampu berbuat demikian. Umat Islam dibolehkan berpuasa berselang-selang.

Berkat daripada puasa enam ini sangat tinggi dan perkara ini juga ada disentuh dalam salah sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian disertakan enam hari dari bulan Syawal, maka dia terlepas dari dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya."

Selain daripada fadhilat yang telah dijelaskan itu, ada lagi beberapa fadhilat yang boleh direbut oleh muslimin dan muslimat yang menunaikan puasa enam Syawal. Di antaranya, hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta tujuh langit dan bumi ini selama enam hari di bulan Syawal. Barangsiapa berpuasa di bulan itu maka Allah s.w.t. mencatat baginya kebajikan sebanyak bilangan makhluk yang telah diciptakan dan menghapuskan semua kejahatan serta mengangkat pula akan darjatnya."

Mereka yang mengerjakan puasa sunat enam Syawal turut dijanjikan akan dipermudahkan tarikan sakaratul maut apabila tiba masanya kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya mayat itu mempunyai 600 anggota badan, dan pada tiap-tiap anggota badannya itu ada seribu mulut kecuali hati. Sebab hati itu tempat makrifat (ilmu). Barangsiapa berpuasa pada enam hari itu, Allah s.w.t. meringankan dia dalam sakaratul maut seperti mudahnya meminum air sejuk bagi orang yang dahaga."

Sumber: Syiar Islam, 11 November 2005 / 9 Syawal 1426

No comments:

Post a Comment