Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa solat lima kali dengan berjemaah maka ia memperolehi lima perkara iaitu:
1. Tidak akan ditimpa kefakiran di dunia
2. Tiada siksaan kubur
3. Akan menerima kitab catatannya dengan kanannya
4. Akan berjalan di atas titian siraat dengan cepat seperti kilat
5. Akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan siksa
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Solat berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian selama empat puluh tahun."
"Solat berjemaah juga lebih baik daripada solat bersendirian dengan dua puluh tujuh (27) darjat."
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa berwudhu' dengan air yang mengalir kemudian solat di belakang Imam yang baik bacaannya maka sungguh ia telah mendapatkan rahmat Allah s.w.t."
Sabdanya lagi:
"Sepuluh orang yang tidak dapat diterima solatnya oleh Allah ialah, seorang yang solat sendirian tanpa suatu bacaan, dan seorang yang solat tapi tidak mengeluarkan zakat. Seorang yang jadi imam pada sekelompok tapi ia sendiri dibenci oleh kelompok tersebut, dan budak yang lari dari majikannya, dan seorang yang meminum minuman keras, perempuan yang sedang dimarahi suaminya, perempuan yang solat tanpa tutup kepala, pemimpin yang zalim, seorang lelaki yang makan barang riba, seorang lelaki yang solat tetapi tidak meninggalkan perkara mungkar."
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Sebesar-besar ganjaran orang yang mengunjungi sembahyang jemaah ialah yang datangnya dari tempat yang jauh, dan orang yang menunggu waktu sembahyang untuk berjemaah lebih besar ganjarannya daripada yang melakukannya sendiri lalu tidur."
Sumber: Syiar Islam, 17 Disember 2004 / 5 Zulkaedah 1425
No comments:
Post a Comment