Friday, 2 August 2013

Qiyamullail menilai diri di sisi Allah...

Qiyamullail adalah suatu ibadat yang amat memberi kesan kepada mereka yang mengikutinya. Ia adalah satu ibadat yang membawa kita mengenang kembali hidup kita masa lalu dan menilai bagaimana diri kita di sisi Allah s.w.t.

Setiap insan biasanya tidak terlepas daripada dosa, kalau tidak pun dosa besar, dosa kecil pasti kita lakukan dengan sengaja, sekurang-kurangnya dosa mengumpat. Sedangkan mengumpat adalah suatu dosa yang boleh menghapuskan pahala kita.

Dalam majlis qiyamullail, sekurang-kurangnya kita dapat mengingati kembali dan mengenang apakah dosa yang telah kita lakukan. Serentak dengan itu kita diminta memohon ampun kepada Allah s.w.t. di atas segala dosa itu.

Allah s.w.t. sangat menggalakkan hambanya mengerjakan ibadat qiyamullail. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengerjakan ibadat qiyamullail setiap malam sesudah menjadi nabi dan Rasul, padahal baginda seorang yang maksum (dikecualikan dari dosa).

Bagi insan biasa yang ikhlas dan terus menerus mengerjakan ibadat qiyamullail berkemungkinan dia akan mendapat kedudukan seperti wali-wali Allah, mendapat petunjuk daripadaNya dan akan dapat melihat alam ghaib melalui mata hatinya.

Tetapi bagi kita sebagai insan biasa tidaklah mudah untuk mendapat kedudukan seperti itu, kecuali kita benar-benar dapat memisahkan diri daripada perasaan kotor seperti ujub, takabbur dan lain-lain daripada sifat mazmumah.

Perasaan itu, iaitu 'ego' adalah suatu perasaan yang amat susah dilekangkan dalam jiwa seseorang. Ia bertambah tebal jika ia seorang boss, dia merasakan dirinya paling pandai, jika mengarahkan sesuatu kerja kepada orang bawahannya.

Sesungguhnya orang yang berjiwa begini dia lupa bahawa dia adalah hamba Allah s.w.t. seperti orang lain juga.

Sumber: Syiar Islam, 19 Mac 2011 / 27 Muharram 1425


No comments:

Post a Comment