Mengenai budi pekerti ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda dalam beberapa buah hadis yang bermaksud:
"Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan gumpalan salju. Sedangkan perangai buruk merosak amal soleh seperti cuka merosak madu"
"Tiada sesuatu yang lebih berat bagi timbangan seorang mukmin pada hari kiamat, daripada budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat tidak menyukai kekejian yang nista. Bahawasanya orang yang berbudi pekerti luhur mencapai martabat orang yang berpuasa dan bersembahyang."
"Dengan budi pekerti yang baik, manusia pasti akan mencapai martabat yang tinggi dan kedudukan mulia di akhirat, sekalipun ibadahnya lemah. Dengan perangai buruk, orang akan menempati kedudukan paling bawah di dalam neraka jahannam."
"Orang yang beriman dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang di malam hari dan berpuasa di siang hari."
"Orang Muslim yang sederhana dalam menunaikan ibadah, dengan kebaikan budi pekerti dan kemuliaan tabiatnya, akan dapat mencapai darjat setaraf dengan orang-orang yang sangat tekun dan sering berpuasa serta banyak melakukan solat dan membaca al-Qur'anulkarim."
"Kemuliaan seorang mukmin terletak pada penghayatan agamanya, harga dirinya terletak pada kecerdasan akal fikirannya, dan kehormatannya terletak pada kebaikan budi pekertinya."
"Beruntunglah orang yang telah mengikhlaskan hatinya untuk iman, dan dengan keimanan itu hatinya menjadi sihat, lidahnya menjadi terpercaya, jiwanya menjadi tenang, dan budi pekertinya menjadi lurus."
"Orang-orang yang terbaik di antara kalian ialah mereka yang terbaik budi pekertinya."
Sumber: Syiar Islam, 5 Mac 2004 / 13 Muharram 1425
Friday, 29 March 2013
Wednesday, 27 March 2013
Neraka Wail bagi yang melambatkan sembahyang...
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Apabila seseorang itu tidur, iblis akan mengikat di atas kepala orang yang berkenaan tiga ikatan. Iblis berkata, kau mempunyai masa tidur yang panjang. Tidurlah. Apabila orang yang berkenaan terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah, maka terurailah satu ikatan. Apabila dia berwudhuk, maka terurailah ikatan yang kedua dan apabila orang yang berkenaan menunaikan solat, terurailah ikatan yang ketiga. Maka dengan demikian orang yang berkenaan akan menghadapi waktu pagi dalam keadaan cergas, kalau tidak dia akan menghadapi waktu pagi dengan malas dan monyok."
Sa'd bin Abi Waqas, seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga, beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang mereka yang lalai terhadap sembahyang. Baginda menjawab, mereka itu adalah orang yang melambat-lambatkan sembahyang. Mereka sembahyang tetapi mengambil ringan menyebabkan terjadinya sembahyang di akhir waktu. Allah menjanjikan mereka 'Neraka Wail' iaitu satu neraka yang amat sakit azabnya. Sesetengah ulama menyatakan neraka wail adalah satu lembah yang terdapat dalam neraka Jahannam. Seandainya dilalukan bukit-bukit di dunia ini di atasnya, nescaya cair semuanya kerana sangat panas. Neraka itu adalah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah sembahyang kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.
Ahli-ahli tafsir menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan 'mengingati Allah' itu adalah sembahyang lima waktu. Maka barangsiapa yang sibuk dengan hartanya, dengan berjual beli, urusan harian dalam kehidupannya, juga urusan anak-anaknya, daripada mendirikan sembahyang pada waktunya, maka mereka adalah termasuk dalam golongan orang yang rugi.
Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Baginda s.a.w. ada bersabda:
"Barangsiapa mengumpulkan dua sembahyang tanpa uzur, maka dia sesungguhnya telah mendatangi satu pintu yang besar daripada pintu-pintu dosa besar."
Memang benar, orang yang melambat-lambatkan sembahyang itu telah menunaikan kewajipan yang tertanggung di atasnya, tetapi berdasarkan kepada dalil-dalil al-Qur'an dan juga hadis-hadis, mereka yang berbuat demikian diberi amaran oleh Allah dengan azab yang pedih. Ini memperlihatkan bahawa mereka tetap berdosa. Dalam masa yang sama, ditakuti orang yang terlibat meninggal dunia sebelum sempat mendirikan sembahyang padahal waktunya telah tiba.
Sebenarnya tidak ada formula atau petua bagi orang yang suka melambat-lambatkan sembahyangkecuali terus bangun mengerjakan sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktunya. Selain daripada itu, kesedaran tentang dosa dan amaran Allah ke atas mereka yang bertabiat sedemikian rupa boleh menginsafkan diri sendiri.
Sumber: Syiar Islam, 24 Disember 2004 / 12 Zulkaedah 1425
-------------------------------------------------------------------
Astaghfirullahal'azim...bukankah ini perkara yang sering kita ringankan lagi-lagi sewaktu kita bekerja. Kadang-kadang dorongan kerja itu membuatkan kita melambatkan solat sehingga terjadilah 'combo' solat Zuhur dan Asar. Astaghfirullahal'azim...kadang kita melepas pandang terhadap perkara yang penting ini.
Marilah kita mencuba sedaya upaya kita untuk mementingkan waktu solat lebih dari yang lain. Mari mulakan sedikit demi sedikit, in shaa Allah, lama-kelamaan pasti akan ok :)
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat para pembaca. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala sebarang keburukan itu datangnya dari diri hamba sendiri.

Friday, 22 March 2013
Kemurahan Hati dan Keutamaannya...
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud:
"Kedermawanan adalah umpama sebatang pohon yang akarnya terhunjam ke syurga dan tangkainya bergantung di dunia. Barangsiapa bergantung kepada tangkainya maka ia akan ditariknya ke syurga. Adapun sifat kikir adalah seumpama sebatang pohon yang terhunjam ke neraka, dan cabang-cabangnya bergantung di dunia, maka barangsiapa yang bergantung dengannya ia akan tertarik ke neraka."
Sabdanya lagi:
"Bersedekahlah untuk dirimu dan bekal matimu walaupun setengah air, dan apabila tidak mampu, maka dengan satu ayat al-Qur'an pun jadilah. Dan apabila tidak tahu sedikitpun tentang sesuatu dari al-Qur'an maka berdoalah minta ampun dan rahmat dari Allah, pasti akan dikabulkan, kerana Allah telah berjanji akan mengabulkan."
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma yang dihasilkan dengan jerih payah dan halal, maka Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya, kemudian memelihara dan menjaganya seperti kamu sekalian memelihara kudamu."
Maksud daripada hadis ini adalah bahawa Allah akan memelihara harta orang yang mahu bersedekah dan memberkatinya bahkan menambah pahala sedekah tersebut.
Sabdanya lagi dalam hadis yang lain:
"Sedekah itu dapat menutup 70 pintu kejahatan."
Pahala sedekah dapat dibahagi kepada 4 bahagian:-
i - Sedekah yang mendapat pahala sepuluh
ii - Sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh
iii - Sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus
iv - Sedekah yang mendapat pahala tujuh ribu
Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala berupa pemberian makanan terhadap fakir miskin.
Sedekah kedua yang mendapat pahala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang diberikan kepada sanak saudara yang terdekat.
Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus adalah sedekah yang diberikan kepada kawan-kawan dan sahabat.
Sedekah keempat yang memperolehi pahala sehingga tujuh ribu adalah sedekah yang diberikan kepada orang yang sedang menuntut ilmu.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya."
Sumber: Syiar Islam, 25 Februari 2005 / 16 Muharram 1426

Sunday, 17 March 2013
7 Pintu bagi Dosa 7 Anggota...
Allah menyediakan 7 pintu neraka jahannam. Menurut ulama, 7 pintu neraka itu disediakan untuk anggota tubuh kita yang juga mengandungi 7 anggota utama - mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan, dan kaki.
Mata adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. supaya kita lebih bertakwa. Mata dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban masyarakat yakni memandang dengan secara menghina kepada saudara Muslim yang serba kekurangan.
Telinga pula hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bid'ah. Gunakanlah telinga untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an dan kalimah Allah atau untuk tujuan menuntut ilmu agama.
Lidah hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah s.w.t. serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah. Lidah juga hendaklah digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri. Kalau kita tidak menjaga lidah yakni lisan kita, ini amat buruk risikonya, kerana ia boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini, yang akibatnya menjerumuskan kita ke dalam neraka.
Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan kita serta kepercayaan masyarakat kepada kita.
Perut, memelihara perut juga amat penting. Kita hendaklah mengelakkannya daripada diisi dengan makanan haram. Perut juga jangan diisi berlebih-lebihan kerana perbuatan demikian boleh memudharatkan, seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat. Sebab itulah Islam menggalakkan kita supaya bersederhana di dalam semua perkara, termasuk juga apabila menghadapi makanan. Kita hendaklah mengisi perut kita dengan rezeki yang halal.
Kemaluan, kita hendaklah memeliharanya daripada segala perkara yang haram. Tutuplah aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti jika kita tidak dapat lagi mengawal lonjakan nafsu syahwat. Akhirnya akan berlakulah kejadian seperti mencabul kehormatan dan rogol - perbuatan yang amat dikutuk Allah.
Tangan yang diberikan oleh Allah juga hendaklah dipelihara dan digunakan untuk perkara-perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik, umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat - bukan menulis kejahatan orang serta memfitnah sesama Muslim.
Kaki, gunakanlah kaki untuk menuju ke jalan yang Allah redhai, bukan untuk ke tempat-tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut, dan tempat perjudian. Gunakanlah ia untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka gunakanlah kaki untuk melangkah ke syurga.
Sumber: Syiar Islam, 28 Mei 2004 / 8 Rabiul Akhir 1425
--------------------------------------------------------------
Kata hamba...
Kita jarang memperhatikan dosa-dosa yang anggota badan sering lakukan. Pada hemat hamba, mungkin kerana kita kadangkala ada pemikiran, "aku tidak berdosa kepada orang apabila aku buat ini dan itu, aku tidak menzalimi sesiapa". Tetapi ingatlah bahawa sesetengah perkara yang tidak kita jaga itu, adalah menzalimi diri kita sendiri.
Kalaupun kita tidak peduli menzalimi diri sendiri ataupun sesiapa, ingatlah untuk menjauhi larangan Allah. Kerana itulah yang sepatutnya menjadi 'benchmark' paling kuat untuk menghindarkan kita dari perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada para pembaca dan kepada diri hamba juga. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan sebarang kekurangan itu adalah dari diri hamba sendiri.

Friday, 15 March 2013
Meninggalkan yang haram adalah orang yang kuat ibadah...
Abu Hurairah r.a. berkata, ia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Siapakah di kalangan kamu yang hendak menerima beberapa intisari pengajaran dariku, sama ada kamu lakukan sendiri atau kamu ajar kepada orang lain."
Lalu aku (Abu Hurairah) pun menawarkan diri sanggup menerima intisari ajaran itu, kemudian nabi pun memegang lima jari tanganku dari jari kelingking hingga ke ibu jari lalu bersabda:
"Ingatlah, jangan sekali-kali melakukan yang haram, orang yang meninggalkan perkara yang haram itu, mereka adalah orang yang kuat ibadah."
Dalam masyarakat umum, lazimnya orang dianggap kuat ibadah ialah mereka yang sering melakukan ibadah puasa sunat, solat sunat, berwirid dan berzikir, bangun malam melakukan solat tahajjud dan sebagainya. Tetapi Rasulullah pula menyifatkan orang yang berusaha sedaya upaya meninggalkan yang haram itu sebenarnya orang yang kuat ibadahnya.
Meninggalkan yang haram bukanlah suatu perkara yang mudah, setiap langkah manusia bergerak, mereka akan bertemu dengan perkara yang haram, terutama dalam urusan muamalah. Riba tidak lagi menggerunkan hati apabila seseorang itu terlibat ke dalamnya, lebih-lebih lagi bila perkataan 'riba' jarang lagi disebut, kerana ianya sudah ditukar dengan istilah lain seperti 'bunga' atau 'faedah'. Orang sudah melupakan bagaimana istilah riba itu boleh bertukar, sedangkan pertukarannya adalah suatu penyelewengan yang nyata terhadap syariat Allah.
Dalam suasana demikian, jika seseorang itu mampu menghindarkan diri dari terlibat dengan riba, sesungguhnya merekalah orang yang mempunyai ketahanan iman, malah mereka disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang kuat ibadahnya.
Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dirinya hanya mampu melakukan yang wajib dan meninggalkan yang haram, sebaliknya tidak melakukan amalan-amalan sunat, adakah dia akan masuk syurga? Nabi s.a.w. menjawab dengan ringkas:
"Masuk".
Demikian besarnya tanggungjawab meninggalkan yang haram di samping melakukan yang wajib itu.
Sumber: Syiar Islam, 17 Jun 2005 / 10 Jamadilawal 1426
---------------------------------------------------------------------------
Kata Hamba...
Kehidupan kita hari ni, kalau nak dilihat memang benda haram di mana-mana. Seperti riba yang disebutkan di atas, nak beli kereta pun ada riba. Tapi satu kesulitan ialah apabila kereta tu sudah seperti satu keperluan. Oleh itu, bukanlah hamba nak membebel supaya jangan beli kereta, tetapi kalau kita sudah punyai kereta tak perlulah setiap beberapa tahun nak ganti baru. Kan itu akan membuka 'akaun riba' yang baru? Hutang yang baru? Tidakkah susah hati kita?
Lihat kepada fungsinya, mengapa kita perlukan dia. Bukan kerana godaan barunya, kehendak hati yang melonjak-lonjak nak pakai yang mahal, baru lagi cantik. Cuba kita ingat balik masa kita susah dulu, kita fikir "kalaulah aku ada kereta, boleh blablablabla". Maksudnya kita menginginkan dia kerana kegunaannya.
Hamba faham, kalau kereta dah lama enjin banyak buat hal. Bocor sana sini, kejap problem, kejap gegar-gegar tak tentu pasal. Tapi kereta itu masih boleh berjalan kan? Boleh bawa pergi pasar lagi, boleh bawa ambil anak balik sekolah lagi. Lainlah kalau dah tahap berbahaya, itu bolehlah difikirkan mana yang patut.
Pendek kata, tinggalkanlah yang haram. Kalau sukar ditinggalkan semua, tinggalkan sedikit demi sedikit. Selalunya perkara haram ini akan menjerut diri sendiri.
Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya dalam usaha memerangi hawa nafsu yang jahat.
Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat buat pembaca. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. dan sebarang keburukan itu dari diri hamba sendiri.

Sunday, 10 March 2013
Memahami Ciri-ciri Hati yang Lembut
Hati yang lembut adalah tapak yang baik untuk menerima segala ajaran dan peringatan dari Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, menyambut baik semua nasihat. Malah, hati yang lembut juga adalah jambangan yang subur bagi iman, bagi tertegaknya sifat-sifat taqwa yang membawa kebahagiaan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Hati yang keras itu biasanya dikaitkan dengan pengaruh syaitan atau iblis, kerana iblis itu dijadikan daripada api, bahang api itu memberi kesan buruk terhadap hati. Apabila hati sudah keras, menyebabkan sukar untuk mendengar dan membenarkan firman Allah, sulit untuk menerima nasihat Rasulullah.
Orang-orang yang beriman itu dikehendaki agar berusaha untuk mencari sesuatu yang dapat melembutkan hati, menjauhkan sebarang perkara yang boleh mempengaruhi hati dari ingat akan Allah dan Rasul-Nya.
Kehidupan di dunia terlalu banyak perkara yang boleh mempengaruhi hati sehingga boleh melalaikannya dari mengingati Allah. Dunia adalah di antara anasir yang boleh mempengaruhi hati. Yang dimaksudkan dengan dunia dalam huraian ini ialah setiap perkara yang tidak membawa kebaikan kepada manusia di akhirat, ini dunia yang dipandang tidak berharga oleh Rasulullah s.a.w.
Dunia bukanlah terhenti kepada persoalan benda, kerana ada ketikanya urusan akhirat akan bertukar menjadi dunia. Sebagai contoh, ibadah solat adalah suatu kefardhuan dari Allah, walaubagaimanapun, apabila solat itu didirikan kerana hendak menunjuk kepada manusia atau riak, maka solat yang demikian itu tidak mendatangkan sebarang kebajikan untuk akhirat, bahkan Allah menjanjikan neraka kepada orang itu kerana urusan akhiratnya sudah bertukar menjadi dunia.
Wallahualam
-------------
Fadhilat membaca Surah Ar-Ra'd
"Barangsiapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir."
Tafsiran ayat 13 Surah Al-Ra'd:
Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dialah Tuhan Yang Maha keras seksa-Nya.
"Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh."
Tafsiran ayat 28 Surah Al-Ra'd:
...orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.
Sumber: Syiar Islam 29 Julai 2005 / 22 Jamadilakhir 1426
----------------------------------------------------------------
Kata hamba...
Bukan mudah untuk kita miliki hati yang lembut kerana sering saja hati yang lembut itu ditipu, ditikam, dilukai, dan dipandang enteng. Tetapi janganlah berputus asa untuk menjadi lembut hati kerana lembut hati itu lebih dekat kepada kebaikan. Bukan kita yang rugi jika diri kita dijahati orang. Kesabaran pasti akan membuahkan ketenangan jiwa dan kemenangan hakiki :)
Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan sebarang kekurangan itu datangnya dari diri hamba sendiri.

Friday, 8 March 2013
Orang berilmu tidak sombong...
Ilmu adalah anugerah Allah kepada setiap makhluk yang bergelar manusia. Dengan ilmu juga manusia berkuasa, berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut. Allah berkuasa pula mencabut, menghina dan memuliakan sesiapa yang dikehendakinya. Oleh yang demikian, janganlah seseorang itu sombong, angkuh, bongkak serta membangga diri atau mendabik dada dengan ilmu yang sedikit itu lalu mudah menghina orang lain yang lebih rendah daripadanya.
Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut pada majlis ilmu walaupun jarak jauh yang harus ditempuh, tenaga yang harus diperah, perbelanjaan yang harus dikeluarkan dan masa yang perlu dikorbankan. Namun untuk menuntut ilmu, semuanya itu tidak diambil kira, di samping itu, janganlah lupa bahawa mereka yang menuntut ilmu mempunyai satu amanah yang berat, berkewajipan pula untuk menyampaikan ilmu yang dituntut kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu (ertinya, ilmu yang dituntut di majlis-majlis ilmu bukanlah hanya untuk dirinya sendiri sahaja).
Sampaikanlah samada melalui mata pena (penulisan) atau dengan lidah yang mana tuntutan ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sampaikanlah daripadaku (meskipun satu ayat)"
Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikannya, tidak boleh disembunyikan walau satu ayat pun sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan pada hari kiamat dengan kalungan dari neraka."
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Siapa yang menuntut ilmu untuk menandingi para ulama atau mendebat orang-orang yang jahil atau untuk memalingkan pandangan oorang kepadanya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka jahannam."
Sumber: Syiar Islam 27 Mei 2003 / 25 Rabiulawal 1424
-------------------------------------------------------------------------
Kata Hamba...
Bukalah hati kita untuk mendengar ilmu dan nasihat daripada mereka yang lebih berilmu. Jangan terlalu defensive akan tetapi ambillah pengajaran...sebab hakikatnya memang banyak yang kita tak tahu, tapi kadang-kadang kita 'terasa' bila ada orang nak mengajar kita. Terimalah dengan hati terbuka :) (pesanan untuk diri sendiri lebih-lebih lagi)
Semoga pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian hamba hari ini. Maafkan hamba kerana terlewat mengemaskini. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan sebarang keburukan itu datang dari diri hamba sendiri.

Sunday, 3 March 2013
Mengekang Lidah dari Mengumpat
Penawar untuk mengekang lidah dari mengumpat orang iaitu hendaklah seseorang itu mengetahui bahawa suka mengumpat itu akan mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah Taala. Apabila ia mengumpat orang, samalah seperti ia melanggar perintah atau larangan Allah. Maka apabila seseorang itu penuh percaya dengan khabar-khabar dan berita-berita yang menegahnya dari ghibah atau mengumpat, hendaklah ia memelihara lidahnya dari mengumpat, kerana takut terjatuh ke dalam dosa. Suatu cara lain yang berguna baginya ialah dengan meneliti diri sendiri terlebih dahulu, apakah dalam dirinya itu ada atau tidak keaiban atau keburukan-keburukan. Jika ada, tentulah lebih utama ia membetulkan diri sendiri daripada mengumpat orang lain.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri, daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain."
Apabila terdapat pada diri seseorang sesuatu keburukan, maka sepatutnya ia merasa malu kerana lalai untuk membetulkan diri sendiri, sebaliknya mencuba pula untuk membetulkan orang lain. Seterusnya, hendaklah ia faham, bahawa jika ia mendapati orang lain itu bersikap lemah, atau tidak berdaya untuk membetulkan dirinya, mungkin ia juga tidak kurang lemahnya atau tak berdaya untuk membetulkan dirinya sendiri. Ini jika keaiban atau keburukan itu dilakukan oleh orang itu dengan sengaja dan dengan pilihan sendiri, bukan terpaksa. Tetapi jika keaiban atau keburukannya itu memang dari asal semulajadinya, maka mencelanya samalah seperti mencela Tuhan yang menjadikannya. Barangsiapa yang mencela sesuatu ciptaannya, maka ia telah mencela penciptanya.
Cara yang lain untuk menjaga diri dari ghibah, ialah dengan memahami, bahawa orang yang dicelanya itu akan merasakan pedihnya celaan itu, sama seperti dirinya sendiri bila dicela oleh orang lain. Jika sekiranya ia tidak meredhai orang lain mencelanya, maka sewajarnyalah ia juga tidak meredhai sesuatu bagi orang lain, sebagaimana tidak diredhainya sesuatu itu bagi dirinya sendiri. Sesiapa yang memang kuat keimanannya, tentulah lidahnya akan terpelihara dari ghibah atau mengumpat.
Sumber: Syiar Islam 16 Julai 2004 / 28 Jamadil Awal 1425
-------------------------------------------------------------
Kata hamba...
Aduhai, sungguh memang sukar sekali untuk mengelak diri dari mengumpat tetapi itu tidak harus dijadikan alasan. Sebenarnya umum mengetahui mengumpat itu salah tetapi tetap juga dilakukan atas sebab-sebab geram dan tak suka dengan orang tertentu dan perbuatannya. Maka oleh itu bagaimana mahu mengelak diri? Nah, sebab itulah hamba kongsikan artikel di atas ^_^
Sebenarnya salah satu sumpahan apabila kita mengumpat dan mengeji orang lain ialah, kita akan terikut-ikut menjadi seperti apa yang telah kita umpat-umpatkan tentang dia. Pada masa itu, cuba bayangkan betapa dahsyatnya perasaan yang kita alami bila menyedarinya. Tetapi jika tidak menyedarinya adalah lebih teruk kerana kita akan terhanyut begitu sahaja.
Oleh itu, setiap kali kita ketemu perkara yang tidak kita sukai, berdoalah agar kita tidak terdorong melakukan perkara-perkara itu, dan jikalau perkara itu keji lagi zalim, maka berdoalah agar Allah membuka hati dan jalan yang lurus buat si penzalim (dan tak lupa juga doa mohon Allah lindungi kita daripada melakukan perkara-perkara keji yang menyimpang dari jalan-Nya.
Bukan senang kita nak berhenti terus dari berkata-kata tentang orang. Tapi tak mustahil. Selagi kita nekad dan berusaha nak menjadi insan yang lebih baik dan diredhai Allah, tidak mungkin Allah akan menutup jalan kebaikan itu.
Ada sepotong doa dari Surah Ali 'Imran, ayat 8. Amalkanlah, semoga kita semua sentiasa di dalam redha-Nya.
"...Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah pada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)."
Semoga pembaca mendapat manfaat dari pembacaan hari ini. Maafkanlah hamba seandainya ada kata-kata hamba yang mengguris perasaan. Hamba tidak lepas dari membuat kesalahan. Ambillah yang baik dan tinggalkan yang buruk. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri hamba sendiri.

Friday, 1 March 2013
Roh Orang Berhutang...
Tahukah kamu, dengan berhutang itu boleh jadi akan menjatuhkan air muka dan peribadi seseorang. Oleh itu, setiap yang berhutang perlu mengetahui hak mereka dalam menjelaskan hutang mereka.
Seseorang yang hendak berhutang perlu berfikir panjang semoga tidak akan melakukannya kecuali jika benar-benar terdesak.
Mereka yang berhutang atau ingin berbuat demikian renungilah perkara-perkara berikut:-

- Hutang adalah hak seseorang tertentu dan hak wajib dipulangkan dengan sempurna serta ditentukan masa untuk menjelaskannya. Maka janji itu WAJIB ditepati tanpa berlengah-lengah. Rasulullah s.a.w. mengingatkan perbuatan melengah-lengahkan itu adalah suatu kezaliman sebagaimana sabdanya yang memberi erti orang yang melengah-lengahkan penjelasan hutangnya, sedangkan ia mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian, adalah seorang yang zalim.
- Roh seseorang yang berhutang tergantung antara langit dan bumi (tidak menuju ke tempat yang mulia) sehinggalah dibayarkan balik hutangnya itu. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutang itu."
Oleh itu, sesiapa dari umat Islam yang meninggal dunia, wajib disegerakan pembayaran hutangnya sebelum dibahagi-bahagikan pusaka peninggalannya.
Nabi Muhammad s.a.w. yang mengasihi umatnya mengajar doa supaya umatnya tidak berhutang. Doanya bermaksud:
"Ya Allah, ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang yang berat dan
kekerasan orang yang kejam (zalim)."
Sumber: Syiar Islam, 13 Januari 2006/13 Zulhijjah 1426
--------------------------------------------------------------------------
Hamba rasa cuma orang yang benar-benar terdesak yang akan berhutang. Cuma satu yang hamba ingin ingatkan, janganlah kita mengambil kesempatan terhadap orang. Kadang-kadang kita ber'geng' dengan orang lain, masa susah tak cari geng, tapi cari kawan lain yang nampak macam boleh 'pow'. Tak baik macam tu, bila kawan, susah senang bersama. Takkan tak janggal bila kita ada geng dan ada satu kawan yang kita anggap 'bank'. Asal hutang mesti nak cari dia, lainlah kalau memang dia buka bank!
Dalam surah Al-Baqarah, sebahagian dari ayat 282 ada mengatakan
"...dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu),..."
Oleh itu, kalau kita terdesak dan terpaksa berhutang, jangan lupa untuk menulisnya dan membuat perjanjian bilakah waktu akan membayarnya. Sekurang-kurangnya orang yang pemberi hutang akan lebih lega dalam memberi hutang dan juga yang meminta hutang itu akan lebih bertanggungjawab ke atas hutang yang diambil.
Semoga pembaca mendapat manfaat dari pembacaan hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri hamba sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)