Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Hak seseorang Islam terhadap seseorang Islam yang lain ada enam perkara."
Sahabat bertanya:
"Apakah enam perkara itu wahai Rasulullah?"
Jawab baginda:
"Jikalau berjumpa hendaklah memberi salam, jikalau dijemput hendaklah diperkenankan, jikalau diminta nasihat hendaklah dinasihati, jikalau bersin; maka ia memuji Allah, hendaklah direstukan, jikalau dia sakit hendaklah diziarahi dan jikalau dia mati hendaklah diiringi jenazahnya ke tanah perkuburan."
Hadis ini jelas menunjukkan perhubungan antara sesama Muslim adalah sangat dituntut. Demi menjaga hubungan berkenaan, enam perkara dasar yang digariskan oleh hadis itu perlu diambil perhatian supaya hak antara Muslim dapat ditunaikan dengan penuh tanggungjawab.
Memberi salam adalah hak dan kewajipan seseorang Islam yang perlu ditunaikan. Ucapan "Assalamualaikum" ialah ucapan yang maaruf. Ia disyariatkan oleh Islam supaya diamalkan ketika bertemu dengan seorang Islam, samada dikenali atau tidak dikenali, sahabat atau lawan. Sesetengah ulama mengatakan haram meniru cara agama lain atau adat resam agama lain untuk digunakan di dalam Islam. Pendapat ini berdasarkan hadis yang bermaksud:
"Barangsiapa yang meniru dan mencontohi satu-satu kaum, maka ia dianggap daripada kaum itu."
Untuk menguatkan larangan itu, ia diperkukuhkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir yang bermaksud:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu ucapkaan salam hormat (kepada sesama kamu) sebagai salam hormat orang Yahudi. Salam hormat mereka dengan cara menundukkan kepala dan mengangkat tangan dan kadang-kadang dengan isyarat."
Mengikut sesetengah ulama, adalah harus bagi orang yang jauh atau di tempat yang sibuk dan bising, melakukan isyarat yang munasabah yang memberi erti salam hormat secara Islam sebagai mengganti ucapan. Harus dilakukan dengan cara yang munasabah seperti salam hormat kepada orang yang bisu, pekak dan seumpamanya iaitu dengan cara yang berlainan dari isyarat atau amalan orang kafir.
Salam adalah lambang perpaduan di dalam Islam. Memulakan salam adalah sunat, manakala hukum menjawab salam adalah wajib. Walaubagaimanapun memulakan salam adalah lebih afdhal daripada menjawabnya. Islam menuntut umatnya supaya memulakan salam sebelum berbual atau bercakap berpandu kepada hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi yang bermaksud:
"Berucap salam sebelum bercakap."
Yang paling baik lagi ialah disertakan dengan berjabat tangan antara satu sama lain yang menunjukkan betapa eratnya perhubungan persaudaraan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidaklah dua orang Islam yang berjumpa dan berjabat tangan kedua-duanya melainkan diampunkan kedua-duanya sebelum mereka berpisah."
Sumber: Syiar Islam, 2 Mei 2003 / 30 Safar 1424
--------------------------------------------------
Pesanan hamba...
Berjabat antara sesama jantina sahaja ya. Bukanlah lelaki menjabat tangan wanita dan wanita menjabat tangan lelaki pula.
Thursday, 30 May 2013
Monday, 27 May 2013
Kehidupan yang sebenar bagi manusia
Hidup kita di dunia ini tidak lebih daripada sebagai pengembara yang sedang berteduh di sebatang pokok di tengah padang pasir yang luas; selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hidup aku di dunia ini diibaratkan seorang pengembara berada di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."
Hidup kita di dunia ini tidak lebih daripada untuk menerima ujian Allah untuk mengukur setakat manakah ketaqwaan kita terhadap Allah. Kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertaqwa sekiranya kita tidak diuji dengan berbagai ujian dan cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara-perkara yang tidak diingini oleh nafsu manusia.
Sekiranya ada orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu merupakan matlamat hidupnya di dunia ini, itu adalah salah, kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan bagi seseorang. Kadangkala harta kekayaan itu akan lari dan lesap dalam masa sehari.
Sekiranya ada orang mengatakan bahawa kecantikan adalah matlamat hidupnya di dunia, maka itu juga salah, kerana kecantikan akan luntur dan hilang apabila sampai masanya, bahkan boleh lari daripada seseorang itu dalam satu hari.
Sekiranya ada orang yang beranggapan bahawa pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapaikan matlamat hidupnya, maka itu juga salah, kerana pangkat, darjat dan pengaruh yang besar berkemungkinan akan hilang dan lari daripadanya dalam masa yang singkat.
Sebenarnya yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredhaan Allah s.w.t.
Oleh yang demikian, maka fahamilah bahawa hidup kita di dunia ini ialah sementara sahaja dan akhirat juga yang akan kekal selama-lamanya.
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.
"Barangsiapa yang bersembahyang dalam dua waktu dingin (Subuh dan Isya'), maka ia dapat masuk syurga."
Sumber: Syiar Islam, 1 Ogos 2003 / 3 Jamadilakhir 1424

Friday, 24 May 2013
Mari usaha menjaga aurat
Masalah pendedahan aurat masih juga tidak selesai walaupun banyak seruan dan cadangan untuk membasminya. Malah nampaknya gejala tidak baik ini semakin hari semakin hebat menyerang masyarakat kita. Perkara ini bukanlah tuduhan yang melulu dan tidak berasas atau satu niat untuk memburuk-burukkan masyarakat sendiri. Kalau dahulu agak susah kita hendak berjumpa orang yang mendedahkan aurat di kampung-kampung kerana masalah ini banyak melibatkan masyarakat bandar, tetapi sekarang di kampung dan di bandar tidak banyak bezanya.
Realiti inilah yang membuktikan bahawa minat mendedah aurat semakin kuat menyerap dalam kehidupan masyarakat kita, malah bukan semakin berkurangan. Apabila diperhatikan lagi, kita dapati kalangan muda-mudilah yang banyak melakukan pendedahan aurat dan mereka tergolong kepada dua golongan, iaitu golongan yang masih dalam persekolahan dan belum lagi mendirikan rumahtangga; dan satu golongan lagi mempunyai keluarga, tidak begitu ramai yang suka mendedahkan aurat.
Walau bagaimanapun dalam masa dan keadaan tertentu mereka juga ikut melakukannya, maksudnya ketika bersukan dan berjalan-jalan mengambil angin petang, namun pendedahan aurat di kalangan mereka ini tidak sampai ke peringkat yang amat menyakitkan mata memandang sebagaimana yang sering dilakukan oleh muda mudi.
Ada beberapa sebab tertentu yang benar-benar mempengaruhi fikiran, minat dan seterusnya tindakan mereka, antaranya ialah:
1) Cara bersukan
2) Pendedahan aurat di kalangan masyarakat di seluruh dunia yang mereka saksikan melalui media massa setiap hari
3) Tidak ada pengetahuan mengenai pandangan agama berkaitan dengan sikap mendedahkan aurat.
4) Sikap ibu bapa yang tidak melarang anak-anak mereka yang mendedahkan aurat itu.
Itulah empat sebab utama yang difikirkan begitu mempengaruhi muda-mudi atau masyarakat kita dalam masalah pendedahan aurat. Moga-moga kita dapat menjaga diri masing-masing daripada pendedahan aurat yang dilarang oleh agama.
Sumber: Syiar Islam, 9 April 2004 / 19 Safar 1425
-------------------------------------------------------------------
Kata Hamba...
Ada sedikit bahagian dalam artikel di atas yang hamba kurang dapat menafsirkan. Semoga pembaca dapat memahami semuanya dengan baik. Jika terdapat sebarang kekurangan, rujuklah pada yang lebih arif.
Sebenarnya, pada hemat hamba, kebanyakan kaum Hawa memang mengetahui tentang perintah menutup aurat ini. Izinkan hamba berkata-kata menurut pengalaman hamba.
Hamba mula bercadang untuk mengenakan tudung kepala semasa hamba hampir berusia 14 tahun. Sebelum itu, hamba memang tidak kisah langsung. Hamba selesa tanpa bertudung kepala, walaupun ibu dan kakak hamba sendiri bertudung. Arwah ayahanda hamba selalu memberikan 'hint' kepada hamba untuk bertudung, tetapi selalu sahaja hamba membiarkannya. Entah mengapa, pada satu hari setelah hamba pulang dari bermalam di sekolah kerana program qiamulail dan solat hajat sempena tahun peperiksaan PMR, hati hamba terpanggil untuk memakai tudung. Hamba jadi malu bila rambut dan kepala hamba kelihatan walaupun hamba sedang duduk di dalam kereta.
Oleh itu, untuk menenangkan jiwa hamba yang kegersangan, hamba mengambil keputusan untuk bertudung. Memang awalnya tidak sempurna. Baju berlengan pendek tetapi bertudung, cuma memang benar, jiwa hamba jadi lebih tenang. Semenjak itu, ia mengajar hamba untuk lebih berhati-hati memilih pakaian apabila keluar rumah. Kalau dulu hamba tidak kisah memakai seluar pendek dan T-shirt sahaja, kadang-kadang berbaju tidur sahaja untuk ke kedai. Langkah pertama hamba itu telah menerapkan sedikit demi sedikit sifat malu dalam diri.
Tetapi badai mula melanda diri lewat usia 16 - 19 tahun. Hamba jadi terlalu terpengaruh dengan media sosial yang dilihat menarik untuk menonjolkan diri, berkongsi gambar-gambar diri yang dirasakan 'comel'. Hamba terhanyut dan terlalai juga. Dalam usia hamba 18 tahun menginjak 19, hamba memasuki universiti untuk menuntut dalam bidang komunikasi massa. Pengaruh di sini juga cukup kuat sehingga kadang-kadang hamba terlalai dan mula meringankan kepentingan menutup aurat dengan sempurna :(
Itulah, kadang-kadang umur yang meningkat tua itu tidak menjanjikan kematangan yang sempurna. Tetapi akal dan hati yang digunakan untuk mengikut syariat itulah yang paling penting. Sekarang ini, hamba ingin sekali untuk menutup aurat dengan sempurna, walaupun masih tidak begitu sempurna, tetapi hamba ingin berusaha ke arah itu. Doakan hamba wahai pembaca sekelian. Hamba juga berharap agar setiap anak cucu Hawa ini akan mula mengambil serius perintah menutup aurat. Seriously, it's for our own good :)
Maafkan salah silap tutur hamba, sungguh, segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala kekurangan dan kelemahan datang dari hamba sendiri. Moga mendapat manfaat dari perkongsian ini. :)

Sunday, 19 May 2013
Keistimewaan bulan Rejab
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). Kerana keagungan, kebesaran dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya, dan kebajikanNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah keistimewaan dan keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan 'Syahrullah' (bulan Allah).
Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang sunat yang tertentu di samping fardhunya dan banyak berzikir, berselawat, membaca al-Qur'an, beristighfar, mohon keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahajud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar, berselawat, membaca al-Qur'an, berdoa dan sebagainya.
Pada bulan Rejab inilah dilipatgandakan pahalanya, dilipatganda keampunan dosa-dosanya dan dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari Allah, diangkat darjat keimanan oleh Allah di dunia, dan diangkat darjat yang tinggi baginya di dalam syurga di akhirat.
Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan Rejab ini dengan berlumba-lumba memperbanyak amal ibadat dalam hidupnya, yang merupakan satu rahmat Allah yang terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya, dengan mendapat keredhaanNya yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan.
Bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Iaitu bulan yang diperintahkan supaya banyak berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke hadrat Allah s.w.t.. Juga merupakan bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyak amal-amal kebajikan, serta besar pula anugerah balasannya yang tidak terhingga).
Sumber: Syiar Islam, 26 Ogos 2005 / 21 Rejab 1426

Thursday, 16 May 2013
Ibadah Bulan Rejab (sambungan)
iv) Allah s.w.t menyediakan balasan ni'mat yang khusus bagi mereka yang berselawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w. pada bulan Rejab. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Pada malam Mikraj saya melihat sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada minyak misk. Saya telah bertanya kepada Jibril; Untuk siapa (sungai) ini? Ia menjawab; 'Bagi orang yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab."
v) Setiap orang akan berasa lapar pada hari kiamat kelak, kecuali nabi-nabi dan keluarganya juga orang yang berpuasa di bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sayyidatina A'ishah ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Semua manusia dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak, tidak lapar dan tidak haus."
vi) Mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintasi siratal-mustaqim seumpama laluan kilat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil; 'Di mana para ahli Rejab? Maka terpancarlah sinar, diikuti Jibril dan Mikail a.s. cahaya itu yang diikuti oleh para ahli Rejab. Kemudian mereka semua lalu di atas siratal-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat melintasi sirat tadi. Allah Taala berkata: Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulanKu, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing."
Baginda Rasulullah s.a.w. menggesa umatnya agar memperbanyak taubat serta menjauhkan maksiat, di samping melakukan ibadah yang disebutkan di atas tadi pada bulan tersebut. Baginda bersabda:
"Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram, iaitu bulan Rejab."
vii) Barangsiapa yang menginginkan keringanan ketika menghadapi sakaratulmaut, terpelihara daripada godaan iblis dan syaitan ketika menghadapi maut, ia hendaklah menghormati bulan-bulan haram yang termasuk di dalamnya bulan Rejab. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Andainya kamu semua hendakkan keringanan pada saat kematian daripada dahaga dan keluar bersama iman, juga terselamat daripada tipu daya syaitan, maka hormatilah bulan-bulan ini semuanya dengan memperbanyak puasa dan menyesali terhadap perkara yang telah lalu daripada dosa-dosa dan ingatlah selalu kepada Allah s.w.t. yang mencipta, nescaya kamu masuk syurga Tuhan kamu dengan sejahtera."
Sumber: Syiar Islam, 12 Ogos 2005 / 7 Rejab 1426

Monday, 13 May 2013
Ibadah Bulan Rejab [Bahagian 1]
Baginda Rasulullah s.a.w. menggesa umat Islam agar memperbanyak puasa, menghidupkan malam Rejab dengan beribadah, bersembahyang dan sebagainya. Ganjaran bagi mereka yang berbuat demikian amatlah besar. Di antara kelebihan orang yang menghidupkan malam Rejab dengan amalan ibadah ialah:
i. Orang yang berkenaan akan terus beriman kepadaNya. Allah s.w.t. pula akan melimpahkan kebajikan serta membersihkan dosa orang yang berkenaan. Ini dijelaskan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Barangsiapa menghidupkan malam pertama bulan Rejab (dengan ibadah) nescaya hatinya tidak akan mati. Allah s.w.t. melimpahkan kebajikan daripada atas kepalanya dan dibersihkan daripada dosa-dosanya seperti pada hari ibunya melahirkannya. Dia akan memberi pertolongan tujuh puluh ribu orang yang berdosa, yang seharusnya masuk neraka."
ii. Allah s.w.t. juga menjanjikan keselamatan diri dan keluarga orang yang beribadah dengan melakukan sembahyang pada bulan ini daripada bala dunia dan azab akhirat. Keterangan ini dijelaskan dalam sebuah hadith dari Anas bin Malik yang bermaksud:
"Barangsiapa bersembahyang selepas Maghrib pada malam bulan Rejab dua puluh rakaat, dengan membaca pada tiap rakaat Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas, dan memberi salam dengan sepuluh salam, nescaya Allah Taala memelihara akan dia, anggota keluarga dan orang yang menjadi tanggungannya daripada bala dunia dan azab akhirat."
iii. Selain dijauhkan daripada bencana dunia, amalan puasa yang dilakukan pada bulan ini juga akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan memelihara orang yang berkenaan daripada sakit-sakit tertentu, seperti yang disebutkan dalam hadith yang bermaksud:
Ketahuilah sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah yang tertutup. Barangsiapa berpuasa padanya satu hari dengan penuh keyakinan dan ikhlas pasti mendapat keredhaan yang besar dari Allah,
dan barangsiapa berpuasa 2 hari, para penghuni langit dan bumi tidak akan memberinya penilaian, dia mendapat kemuliaan di sisi Allah.
Barangsiapa berpuasa 3 hari, ia akan diselamatkan daripada bahaya benca"na dunia dan azab akhirat, penyakit gila, sopak, jauh dari fitnah dajjal.
Barangsiapa berpuasa 7 hari, ditutup daripadanya 7 pintu neraka jahannam.
Barangsiapa berpuasa 8 hari, dibuka baginya 8 pintu syurga.
Barangsiapa berpuasa 10 hari ia tidak meminta dari Allah sesuatu melainkan dikabulkan;
dan barangsiapa berpuasa 15 hari nescaya Allah Taala akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu dan menggantikan kejahatan itu dengan kebaikan;
dan barangsiapa yang menambah (hari puasa), maka Allah akan menambah balasannya.
(Bersambung)
Sumber: Syiar Islam, 5 Ogos 2005 / 29 Jamadilakhir 1426

Friday, 10 May 2013
Melakukan Sunnaturrasul s.a.w.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Saya telah meninggalkan padamu dua perkara yang berat, pasti kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku."
Di antara sabdanya lagi:-
"Amal perbuatan yang sedikit benar-benar menurut sunnaturrasul lebih baik daripada amal yang banyak tetapi bid'ah, dan tiap-tiap bid'ah yang tidak menurut sunnaturrasul pasti sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu dalam neraka."
"Dua macam orang dari umatku yang tidak mencapai syafaatku:
i) Pemimpin yang zalim
ii) Orang yang berlebih-lebihan dalam agama sehingga keluar dari sunnaturrasul
"Bani Israil telah berpecah tujuh puluh satu golongan, dan umat ini akan berpecah hingga tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu daripadanya di dalam neraka dan satu di dalam syurga. Mereka bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w.: Mereka ahlussunnah waljama'ah (mereka yang benar-benar mengerti sunnaturrasul dan persatuan kaum muslimin)."
"Orang yang tetap berpegang pada ajaran (sunnahku) ketika telah rosaknya ummatku, mendapat pahala sama dengan seratus orang mati syahid."
"Tiap sesuatu ada penyakit yang merosak, dan penyakit yang merosak agama ini ialah hawa nafsu."
"Siapa yang menyalahi jamaah (kesepakatan kaum muslimin) walau hanya sejengkal, maka bererti telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya)."
Fadhilat Membaca Surah Thoha:
"Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya."
"Barangsiapa membaca ayat 25-28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas sembahyang Subuh, nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna."
Sumber: Syiar Islam 10 Februari 2006 / 11 Muharam 1427
Maksud ayat 25-28 Surah Thoha (pasti pembaca biasa membaca dan mendengarnya lebih-lebih lagi dalam kelas :) ayuh kita hayati~
Rabbishrahli sadhri - Ya Allah lapangkanlah untukku dadaku
Wa yassirli amri - dan mudahkanlah untukku urusanku
Wahlul uqdatam millisaani - dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Yafqahu qauli - agar mereka mengerti perkataanku
Selamat beramal ^^,

Monday, 6 May 2013
Keburukan Sifat 'Ujub
Salah satu sifat mazmumah yang amat dibenci oleh Islam dan tidak disenangi dalam masyarakat ialah sifat 'ujub. 'Ujub dapat diertikan sebagai "menganggap dan melihat diri lebih dari orang lain." Iaitu menganggap diri lebih, seperti dari segi pengetahuannya, keimanannya, ibadahnya, atau lebih kekayaannya dari orang lain.
'Ujub ini merupakan sifat tercela. Ianya perlu segera dikikis dan dijauhi oleh umat Islam kerana ia boleh mendorong kepada berbagai-bagai sifat yang lebih buruk lagi, misalnya sifat sombong, takabbur, gila hormat, meremehkan orang lain dan sebagainya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara yang dapat merosakkan iaitu: Bakhil yang diturut, hawa nafsu yang diperturuti dan mengagumi diri sendiri." (HR. Baihaqi)
Ada berbagai-bagai jenis 'Ujub ini, di antaranya;
1. Bangga/kagum dengan kecantikan rupa paras, kegagahan atau suara yang merdu. Hal yang sedemikian perlu dijauhi kerana ia adalah sangat tercela. Menjauhinya hendaklah dengan kesedaran bahawa apa jua yang dibanggakan itu adalah anugerah dan ni'mat Allah yang perlu disyukuri. Seseorang itu dikatakan bersyukur apabila ia memanfaatkan apa jua anugerah Allahitu pada tempatnya yang wajar lagi diredhaiNya.
2. 'Ujub disebabkan ketinggian ilmu atau kecerdasan otak dan menganggap dirinya paling pandai dari semua yang lain. Sikap kesedaran bahawa ilmu yang kita miliki ini adalah masih terlalu sedikit. Kalau difikirkan, para ulama dan para intelektual lain adalah lebih dari itu. Dan perlu kita hayati firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 85 yang bermaksud:
"...dan tidaklah kamu diberi ilmu, kecuali sedikit"
3. Ada pula 'ujub lantaran keturunan. Umpamanya seseorang itu bangga terhadap dirinya disebabkan berketurunan bangsawan, raja-raja, ulama, hartawan dan sebagainya. Sebenarnya semua itu tidak patut dibangga-banggakan. Bukankah Allah ada berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang maksudnya:
"...sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya."
Maksud Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Amalan kebaikan yang amat segera pahalanya ialah pemberian (bantuan) dan silaturrahim (tali persaudaraan)." HR. Ibn Majah
Sumber: Syiar Islam 4 Jun 2004 / 15 Rabiulakhir 1425

Friday, 3 May 2013
Ghibah (menyebut keburukan orang)
Nabi s.a.w. bersabda: "Ghibah itu ialah jika engkau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya. Lalu ditanya: Bagaimana kalau saudaraku betul begitu? Jawab Nabi s.a.w.: Jika kau sebut itu benar ada padanya, maka itu ghibah. Tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (iaitu membuat kepalsuan pendustaan untuk memburukkan nama orang)."
Dalam satu riwayat mengatakan: "Ada seorang wanita pendek datang ke rumah Nabi s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti A'isyah r.a. berkata: Alangkah pendeknya orang itu. Nabi s.a.w. bersabda: Engkau ghibah. A'ishah berkata: Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya. Sabda Nabi s.a.w.: Engkau telah menyebut yang paling buruk padanya."
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w. bersabda: "Pada malam Isra' ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat: Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: Ya Jibril, siapakah mereka itu? Jawabnya: Mereka dari umatmu yang suka mengumpat serta ghibah (menyebut keburukan orang lain), mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wudhu' serta menghapus amal (merosaknya) iaitu:
1. Ghibah (membicarakan keburukan orang lain)
2. Dusta
3. Mengadu-adu (mengadu antara seorang dengan lainnya)
4. Memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya. Dan semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit tanaman, dan minum arak itu mengatasi semua dosa-dosa."
Fadhilat membaca Surah At-Taubah
"Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafikan dan akan mencapai hakikat iman."
"Barangsiapa membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya."
Tafsir ayat 111 Surah At-Taubah:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
Sumber: Syiar Islam, 27 Mei 2005 / 18 Rabiulakhir 1426

Subscribe to:
Posts (Atom)