Friday, 10 May 2013

Melakukan Sunnaturrasul s.a.w.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Saya telah meninggalkan padamu dua perkara yang berat, pasti kamu tidak akan tersesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku."

Di antara sabdanya lagi:-

"Amal perbuatan yang sedikit benar-benar menurut sunnaturrasul lebih baik daripada amal yang banyak tetapi bid'ah, dan tiap-tiap bid'ah yang tidak menurut sunnaturrasul pasti sesat, dan tiap-tiap kesesatan itu dalam neraka."

"Dua macam orang dari umatku yang tidak mencapai syafaatku:

i) Pemimpin yang zalim
ii) Orang yang berlebih-lebihan dalam agama sehingga keluar dari sunnaturrasul

"Bani Israil telah berpecah tujuh puluh satu golongan, dan umat ini akan berpecah hingga tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu daripadanya di dalam neraka dan satu di dalam syurga.  Mereka bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w.: Mereka ahlussunnah waljama'ah (mereka yang benar-benar mengerti sunnaturrasul dan persatuan kaum muslimin)."

"Orang yang tetap berpegang pada ajaran (sunnahku) ketika telah rosaknya ummatku, mendapat pahala sama dengan seratus orang mati syahid."

"Tiap sesuatu ada penyakit yang merosak, dan penyakit yang merosak agama ini ialah hawa nafsu."

"Siapa yang menyalahi jamaah (kesepakatan kaum muslimin) walau hanya sejengkal, maka bererti telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya)."

Fadhilat Membaca Surah Thoha:

"Barangsiapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya."

"Barangsiapa membaca ayat 25-28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas sembahyang Subuh, nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna."

Sumber: Syiar Islam 10 Februari 2006 / 11 Muharam 1427

Maksud ayat 25-28 Surah Thoha (pasti pembaca biasa membaca dan mendengarnya lebih-lebih lagi dalam kelas :) ayuh kita hayati~

Rabbishrahli sadhri               - Ya Allah lapangkanlah untukku dadaku
Wa yassirli amri                    - dan mudahkanlah untukku urusanku
Wahlul uqdatam millisaani   - dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
Yafqahu qauli                        - agar mereka mengerti perkataanku

Selamat beramal ^^,

No comments:

Post a Comment