Tanda-tanda atau gejala-gejala orang yang sombong dan bongkak itu ialah antaranya:
1. Riya', bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan dirinya, hartanya, ilmunya dan keturunannya.
2. Suka menonjolkan dirinya kepada orang lain.
3. Memandang rendah orang lain.
4. Minta dikedepankan atau ditonjolkan dirinya di majlis keramaian.
5. Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
6. Berlagak angkuh ketika berjalan.
7. Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
8. Berlagak dalam berbicara.
9. Membantah teguran orang lain.
10. Tidak mengendahkan nasihat atau teguran orang lain.
11. Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
12. Berlagak dirinya betul dan tidak pernah salah.
13. Suka membazir harta benda, sama ada milik sendiri atau orang lain.
14. Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
15. Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah,
Cara yang baik untuk menghalang penyakit rohani dan takabbur yang dinyatakan di atas ialah dengan menguatkan diri dan mengawasi segala perbuatan lahir dan batin. Untuk memperbetulkan sikap yang tak baik itu hendaklah menyedari kelemahannya, segeralah bertaubat, memohon keampunan Allah, memohon dijauhkan dari sifat-sifat yang tercela itu dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji), iaitu kebaikan yang menjadi lawan dari sifat takabbur itu, seperti merendah diri, kasih sayang dan bersopan santun sesama manusia, juga tolong-menolong sesama insan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam.
Sumber: Syiar Islam, 16 April 2004 / 26 Safar 1425
No comments:
Post a Comment